"13 Adab Seorang Isteri Terhadap Suami Yang Patut Anda Ketahui"
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
Jangan terkejut jika suami angkat kaki
meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak
mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda
di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan
disambung atau diulang-ulangi cerita lama.
Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang
dan bersegeralah meminta maaf.
Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan
isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku
seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka
mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri
hendaklah banyak bersabar, jangan cepat
merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang
dan seperti perangai keanak-anakan.
Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak,
mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu
yang tidak kena tambahan pula kalau yang
menegurnya itu ibunya sendiri.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang
hendaklah segera dipotongkan (jika panjang
janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri
cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh.
Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya
tidak mencetuskan kemarahan atau rasa
tersinggung dihatinya.
Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan
kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat
padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami
bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka
makan gulai kari atau masak lemak cili api,
janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan
goreng.
Suami akan gembira bila seleranya ditepati.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut
butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah
dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu
kelihatan kemas dan cantik.
Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan
tersebut akan melambangkan peribadi isteri
samada ikhlas atau terpaksa.
Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya
dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,
sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi
rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di
dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat,
celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.
Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami
menolak segala persediaan tersebut tetapi
sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi
dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-
anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga
dengan kehendak ibu ayah.
Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati
meskipun isteri berada di dalam keadaan letih.
Melayani suami merupakan satu pahala besar
keatas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun
duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa
maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu
kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat
diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenang
nya telah menghadiahkan kepada orang lain,
suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat
apa-apa.
Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum
melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah
perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap
sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang
sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan
kemas ketika suami berada di rumah.
Isteri hendaklah berada di dalam keadaan
berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk
bersenda gurau dengan isterinya.
Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami
isteri juga merupakan salah satu ibadah yang
diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.
Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas
seperti kopi, teh atau susu.
Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti
kuih-muih dan biskut
Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari
membeli makanan ringan di kedai yang tidak
mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.
13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan
memuliakan keluarga suami.
Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya
dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka
walaupun kita kurang menyukai.
Wallahua'lam...
Sumber : ehmymedia.blogspot.com
Suka dengan ini?
|

loading...